Monday, 23 February 2015

Teh Hijau Minuman "Ajaib" Semulajadi Kesihatan

sumber gambar low-carb-support.com
"Camellia Sinensis" atau teh hijau kaya dengan Catechins, iaitu antioksidan. Adalah lebih baik jika kita meminum teh hijau tulen tanpa pengawet atau perisa tiruan.

Teh telah didapati mempunyai kesan yang hebat ke atas paras kolesterol dalam aliran darah dan kesihatan kita secara umumnya. Teh hijau khususnya boleh membantu dalam melawan kanser. Di Jepun,  telah didapati bahawa meminum 10 cawan atau lebih teh hijau setiap hari melambatkan bermulanya kanser di kalangan wanita sekitar sembilan tahun dan kira-kira tiga tahun di kalangan lelaki.

Catechin yang terkandung didalam teh hijau menjadi penggalak kepada sistem imun kita. Unsur Catechins ini juga memusnahkan radikal bebas. Teh hijau juga mempunyai karotenoid, klorofil, polisakarida semulajadi vitamin C dan E, mangan, kalium, dan zink dimana semua unsur atau zat ini penting untuk kesihatan kita. Teh hijau tulen (Pure) dikatakan 100 kali lebih efektif daripada vitamin C dari sumber-sumber yang lain, dan 25 kali lebih baik daripada vitamin E dari sumber-sumber yang lain.

Teh hijau biasanya dijual dalam uncang teh, tetapi dengan kaedah pemprosesan moden masa kini, membolehkan teh hijau dibotolkan didalam bentuk cecair dan juga serbuk dalam pakej sachet tanpa menjejaskan manfaat kesihatan dan penyembuhannya.

Teh hijau dan makanan tambahan semula jadi yang lain membawa mikronutrien yang memberi manfaat kepada sistem imun  dan menguatkan sel-sel badan kita.Apabila sistem imun menjadi kuat, tisu dan pembaikan sel dipertingkatkan dengan cara tubuh badan mengekalkan keupayaan untuk pulih dengan sendirinya.

Seorang sami Jepun, Eisai menulis di 1211 AD bahawa teh (hijau) adalah ubat ajaib untuk mengekalkan kesihatan. "Teh mempunyai kuasa luar biasa untuk memanjangkan jangka hayat. Di mana-mana orang yang menanam teh, sepanjang hayat akan mengikuti. " (Dengan izin Allah)

Tak pandai nak terjemah ini ayat asalnya: "Tea has the extraordinary power to prolong life. Anywhere a person cultivates tea, long life will follow".

Dalam tulian Eisai juga menyatakan  bahawa teh secara amnya dikenali sebagai penawar yang menciptakan "abadi"(immortal) penghuni gunung.

Pada abad ke-16, pengembara Eropah dikatakan telah mendapati teh terutamanya teh hijau, telah digunakan untuk merawat demam, sakit kepala, sakit sendi,sakit perut dan beberapa penyakit lain lagi.Menurut pakar pemakanan moden dan pakar-pakar perubatan herba, teh hijau boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi, kanser, kencing manis, penyakit jantung, penyakit kulit, penyakit paru-paru, melambatkan proses penuaan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Teh Hijau brand Ahmad Tea, anda boleh order dari saya (harga RM32 ada 100 uncang) atau (Teh Hijau Ahmad Tea Jasmine Green Tea harga RM35 ada 100 uncang)

Untuk pembelian SMS ke (24 jam) atau emailkan ke tehhijauonline@gmail.com