Monday, 23 February 2015

Teh Hijau Minuman "Ajaib" Semulajadi Kesihatan

sumber gambar low-carb-support.com
"Camellia Sinensis" atau teh hijau kaya dengan Catechins, iaitu antioksidan. Adalah lebih baik jika kita meminum teh hijau tulen tanpa pengawet atau perisa tiruan.

Teh telah didapati mempunyai kesan yang hebat ke atas paras kolesterol dalam aliran darah dan kesihatan kita secara umumnya. Teh hijau khususnya boleh membantu dalam melawan kanser. Di Jepun,  telah didapati bahawa meminum 10 cawan atau lebih teh hijau setiap hari melambatkan bermulanya kanser di kalangan wanita sekitar sembilan tahun dan kira-kira tiga tahun di kalangan lelaki.

Catechin yang terkandung didalam teh hijau menjadi penggalak kepada sistem imun kita. Unsur Catechins ini juga memusnahkan radikal bebas. Teh hijau juga mempunyai karotenoid, klorofil, polisakarida semulajadi vitamin C dan E, mangan, kalium, dan zink dimana semua unsur atau zat ini penting untuk kesihatan kita. Teh hijau tulen (Pure) dikatakan 100 kali lebih efektif daripada vitamin C dari sumber-sumber yang lain, dan 25 kali lebih baik daripada vitamin E dari sumber-sumber yang lain.

Teh hijau biasanya dijual dalam uncang teh, tetapi dengan kaedah pemprosesan moden masa kini, membolehkan teh hijau dibotolkan didalam bentuk cecair dan juga serbuk dalam pakej sachet tanpa menjejaskan manfaat kesihatan dan penyembuhannya.

Teh hijau dan makanan tambahan semula jadi yang lain membawa mikronutrien yang memberi manfaat kepada sistem imun  dan menguatkan sel-sel badan kita.Apabila sistem imun menjadi kuat, tisu dan pembaikan sel dipertingkatkan dengan cara tubuh badan mengekalkan keupayaan untuk pulih dengan sendirinya.

Seorang sami Jepun, Eisai menulis di 1211 AD bahawa teh (hijau) adalah ubat ajaib untuk mengekalkan kesihatan. "Teh mempunyai kuasa luar biasa untuk memanjangkan jangka hayat. Di mana-mana orang yang menanam teh, sepanjang hayat akan mengikuti. " (Dengan izin Allah)

Tak pandai nak terjemah ini ayat asalnya: "Tea has the extraordinary power to prolong life. Anywhere a person cultivates tea, long life will follow".

Dalam tulian Eisai juga menyatakan  bahawa teh secara amnya dikenali sebagai penawar yang menciptakan "abadi"(immortal) penghuni gunung.

Pada abad ke-16, pengembara Eropah dikatakan telah mendapati teh terutamanya teh hijau, telah digunakan untuk merawat demam, sakit kepala, sakit sendi,sakit perut dan beberapa penyakit lain lagi.Menurut pakar pemakanan moden dan pakar-pakar perubatan herba, teh hijau boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi, kanser, kencing manis, penyakit jantung, penyakit kulit, penyakit paru-paru, melambatkan proses penuaan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Teh Hijau brand Ahmad Tea, anda boleh order dari saya (harga RM32 ada 100 uncang) atau (Teh Hijau Ahmad Tea Jasmine Green Tea harga RM35 ada 100 uncang)

Untuk pembelian SMS ke (24 jam) atau emailkan ke tehhijauonline@gmail.com

Related Posts:

  • Teh Hijau Minuman "Ajaib" Semulajadi Kesihatan sumber gambar low-carb-support.com "Camellia Sinensis" atau teh hijau kaya dengan Catechins, iaitu antioksidan. Adalah lebih baik jika kita meminum teh hijau tulen tanpa pengawet atau perisa tiruan. Teh telah didapati mem… Read More
  • Promosi Bulan Jun 2014Untuk promosi bulan Jun 2014 ini, anda akan menerima 2 uncang teh Strawberry Ahmad Tea (black tea) dengan setiap pembelian 1 kotak Ahmad Tea Green Tea. … Read More
  • Beli Teh Hijau/Green Tea Ahmad Tea Secara OnlineNak Beli teh hijau Ahmad Tea ke? Kalau nak beli secara online, kami ada menjualnya. Sebelum ni kami jual RM30, tapi sejak 2 menjak ni harga dia dah naik sikit, tak tahu sebab apa. Jadi Harga terbaru yang kami jual RM32 (1 k… Read More
  • Ahmad Tea Jasmine Green Tea Sekarang ada 6  2 kotak Ahmad Tea Jasmine Green Tea (100 uncang) Harga RM35 termasuk kos penghantaran.. Tapi yang ni tak ada percuma sudu macam Ahmad Tea Green Tea (RM32). Rasa Ahmad Tea Jasmine Green Tea ni saya pun t… Read More
  • Promosi Bulan Disember 2014Dengan setiap pembelian 1 kotak Teh Hijau Ahmad Tea atau 1 kotak Teh Hijau Jasmine Ahmad Tea, anda akan mendapat FREE 2 paket kecil Nescafe White Coffee (1 paket 36 gram) dan 2 uncang Ahmad Tea Lemon & Lime Twist. Tambah… Read More

1 comment:

  1. Kalau mau cari Thai tea dan Green tea bisa mampir ke www.thaiteaimport.blogspot.com .. Mohon maaf numpang iklan, hanya ingin membantu buat yang doyan minum Thai Tea kaya saya :) Trims ya...

    ReplyDelete