Saturday, 21 June 2014

Tips Cara Bancuh dan Minum Teh Hijau

Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan Tips Cara Bancuh dan Minum Teh Hijau pada posting kali ini. Untuk mendapatkan  khasiat yang  optimum ataupun  secara menyeluruh dari pengambilan teh hijau ini, ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu.

Maklumat ini saya dapat dari pembacaan  saya selama ini berkaitan teh hijau.

1.  Bancuh teh hijau dengan air yang tidak terlalu panas. Contohnya jangan terus meletakkan serbuk atau uncang teh hijau kedalam air panas yang baru dididihkan serta merta (takat didih suhu air adalah 100°C). Biarkan seketika air panas tu kemudian baru letak teh hijau tadi, mungkin suhu dalam sekitar 80 darjah celcius ke 75 darjah calcius.

2.  Semasa bancuh teh hijau, elakkan meletakkan gula didalam air bancuhan tersebut kerana khasiat teh hijau ini akan berkurangan. Walaupun tidak letak gula, rasa Green tea ni tak lah pahit sangat macam teh hitam (black tea) yang selalu kita minum tu (masa tak letak gula). Anda boleh letakkan madu untuk rasa yang manis.Tapi lebih elok minum kosong macam tu saja, rasa pun sedap juga.

3.  Jangan makan/minum ubat, vitamin atau makanan tambahan (supplement) 2 hingga 3 jam sebelum atau selepas minum teh hijau (green tea) kerana kandungan nutrisi  vitamin, supplement atau ubat tadi akan kurang diserap oleh tubuh badan. Ini kerana teh hijau tinggi antioksidanya.

4. Green tea amat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana antioksidanya tinggi. Anda boleh buat carian yang lebih terperinci berkaitan ini di Internet. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, anda juga boleh  cuba mengambil beberapa makanan yang boleh membantu anda menurunkan berat badan.Lihat disini 10 Makanan Yang Membakar Lemak yang dikongsikan oleh Dr Giena Hadi.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Teh Hijau brand Ahmad Tea, anda boleh order dari saya (harga RM32 ada 100 uncang).

9 comments:

  1. Nampak sedap, memang suka minum tea :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. saya selalu bancuh, satu uncang satu kali shaja.. pastu terus buang.. bancuh dalam gelas besar.

      Delete
  3. Kalau bancuh 1 uncang letak dlm botol besar yg ad 3 liter blh kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya bersamaan dengan 2 botol besar air mineral 1.5 liter.. bagi saya kurang sesuai bancuh dengan cara macam tu.

      lagi satu, seelok-eloknya elakkan bancuh menggunakan bekas/botol plastik. kalau boleh guna bekas teko atau cawan dari seramik tu..

      Delete
  4. sehari maksimum berapa sachet boleh minum? saya selalu guna 2 sachet dalam 2 liter air.. boleh ke macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 uncang untuk 2 liter air kira ok lagi tu.. pada pandangan saya sehari minum 3 kali teh hijau sudah memadai

      Delete
  5. Brapa lama uncang itu perlu direndam.. sy letak dlm bekas kedap panas kdg2 smpi sehari tp bla minum sy agk sukar membuang air besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya 15 minit hingga ke 20 minit..

      Delete