Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan Tips Cara Bancuh dan Minum Teh Hijau pada posting kali ini. Untuk mendapatkan khasiat yang optimum ataupun secara menyeluruh dari pengambilan teh hijau ini, ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu.
Maklumat ini saya dapat dari pembacaan saya selama ini berkaitan teh hijau.
1. Bancuh teh hijau dengan air yang tidak terlalu panas. Contohnya jangan terus meletakkan serbuk atau uncang teh hijau kedalam air panas yang baru dididihkan serta merta (takat didih suhu air adalah 100°C). Biarkan seketika air panas tu kemudian baru letak teh hijau tadi, mungkin suhu dalam sekitar 80 darjah celcius ke 75 darjah calcius.
2. Semasa bancuh teh hijau, elakkan meletakkan gula didalam air bancuhan tersebut kerana khasiat teh hijau ini akan berkurangan. Walaupun tidak letak gula, rasa Green tea ni tak lah pahit sangat macam teh hitam (black tea) yang selalu kita minum tu (masa tak letak gula). Anda boleh letakkan madu untuk rasa yang manis.Tapi lebih elok minum kosong macam tu saja, rasa pun sedap juga.
3. Jangan makan/minum ubat, vitamin atau makanan tambahan (supplement) 2 hingga 3 jam sebelum atau selepas minum teh hijau (green tea) kerana kandungan nutrisi vitamin, supplement atau ubat tadi akan kurang diserap oleh tubuh badan. Ini kerana teh hijau tinggi antioksidanya.
Saturday, 21 June 2014
Home »
» Tips Cara Bancuh dan Minum Teh Hijau
Tips Cara Bancuh dan Minum Teh Hijau
12:51
12 comments
4. Green tea amat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana antioksidanya tinggi. Anda boleh buat carian yang lebih terperinci berkaitan ini di Internet. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, anda juga boleh cuba mengambil beberapa makanan yang boleh membantu anda menurunkan berat badan.Lihat disini 10 Makanan Yang Membakar Lemak yang dikongsikan oleh Dr Giena Hadi.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Teh Hijau brand Ahmad Tea, anda boleh order dari saya (harga RM32 ada 100 uncang).
Related Posts:
Ahmad Tea Green Tea sumber gambar enjoybettercoffee.com Ahmad Tea Green Tea: RM 38 termasuk Pos Laju (1 kotak ada 100 uncang, ). Untuk pembelian SMS ke (24 jam) atau emailkan ke tehhijauonline@gmail.com (harga termasuk… Read More
Fakta Pemakanan Teh Hijau Gambar sekadar hiasan. sumber gambar diaryfordiet.com Fakta Pemakanan Teh Hijau Bagaimana orang melihat teh hijau? Teh Hijau dapat meningkatkan awet muda, kecantikan, badan yang kuat dan sihat. Ia juga dianggap sebagai p… Read More
Promosi Bulan Jun 2014Untuk promosi bulan Jun 2014 ini, anda akan menerima 2 uncang teh Strawberry Ahmad Tea (black tea) dengan setiap pembelian 1 kotak Ahmad Tea Green Tea. … Read More
Senarai Teh Ahmad tea yang Dijual sumber gambar enjoybettercoffee.com Green Tea: RM 38 (1 kotak ada 100 uncang, termasuk Pos Laju ). Contoh Packing Jasmine Green Tea (gambar hiasan sahaja, packing yang 100 uncang macam ni la ada gambar kapal dekat de… Read More
Beli Teh Hijau/Green Tea Ahmad Tea Secara OnlineNak Beli teh hijau Ahmad Tea ke? Kalau nak beli secara online, kami ada menjualnya. Sebelum ni kami jual RM30, tapi sejak 2 menjak ni harga dia dah naik sikit, tak tahu sebab apa. Jadi Harga terbaru yang kami jual RM32 (1 k… Read More
Nampak sedap, memang suka minum tea :)
ReplyDeleteBoleh bancuh brpe kali ?
ReplyDeletesaya selalu bancuh, satu uncang satu kali shaja.. pastu terus buang.. bancuh dalam gelas besar.
DeleteKalau bancuh 1 uncang letak dlm botol besar yg ad 3 liter blh kannn
ReplyDeletemaknanya bersamaan dengan 2 botol besar air mineral 1.5 liter.. bagi saya kurang sesuai bancuh dengan cara macam tu.
Deletelagi satu, seelok-eloknya elakkan bancuh menggunakan bekas/botol plastik. kalau boleh guna bekas teko atau cawan dari seramik tu..
sehari maksimum berapa sachet boleh minum? saya selalu guna 2 sachet dalam 2 liter air.. boleh ke macam tu?
ReplyDelete2 uncang untuk 2 liter air kira ok lagi tu.. pada pandangan saya sehari minum 3 kali teh hijau sudah memadai
DeleteBrapa lama uncang itu perlu direndam.. sy letak dlm bekas kedap panas kdg2 smpi sehari tp bla minum sy agk sukar membuang air besar...
ReplyDeleteseeloknya 15 minit hingga ke 20 minit..
DeleteMaksudnya klau 3 kali sehari minum..3 uncang laa shari?
ReplyDeleteya
ReplyDeleteKalau bancuhan untuk berniaga di pasar malam cmna?.. Guna balang air besar tuu
ReplyDelete